Thursday, September 18, 2008

KISAH MENARIK YANG HENDAK DIKONGSI

Sebut pasal kisah menarik, teringat kami akan tugasan yang diberikan kepada kami iaitu membuat blog. Teruja kami dibuatnya. Membuat blog ini memang sangat bermanfaat terutamanya bagi mereka yang gemar menulis tetapi tiada tempat untuk mempamerkan hasil tulisan untuk dikongsi bersama.

Namun dengan kecanggihan dunia IT sekarang segalanya menjadi mudah dan cepat, semua kemudahan cukup lengkap tinggal lagi terletak pada diri individu tertentu samada hendak atau sebaliknya.

Namun tugasan ini memang amat menyeronokkan. Terutamanya bagi mereka yang belum pernah memiliki blog sendiri inilah masanya hendak menyerlahkan bakat terpendam masing- masing.

Apa yang ‘bestnya’ yang mengajarnya pula adalah dikalangan rakan sekelas sendiri yang memang dah ‘expert’ dalam hal-hal membina blog ni.

Bagi yang dah ada blog pula boleh memperdalamkan lagi ilmu membina blog disamping dapat mencantikkan lagi blog dengan hiasan- hiasan yang memang telah disediakan didalamnya, dalam masa yang sama dapat ‘update’ kan blog yang sudah lama tidak dikemaskini.

Apapun kami nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ustazah Salina atas bimbingan yang diberikan kepada kami. Ustazah memang ‘best’, subjek ini pula memang berupaya meningkatkan minat kami untuk terus mendalami bidang IT terutamanya yang melibatkan Pendidikan Islam.


WAWASAN

Wawasan kami adalah ingin menjadi pendidik yang benar- benar berkesan serta berusaha melahirkan individu- individu yang bukan sahaja bijak pandai malah kaya dengan adab dan nilai kesopanan yang berlandaskan agama dan adat serta budaya tempatan.